Selasa, 2009 November 17

Selamat Menghadapi SPM


Hari ini bermula Peperiksaan SPM di seluruh negara.

Kami tetap bertugas sehingglah hari cuti sekolah.

Namun saya masih bertugas di asrama menjaga anak-anak yang berjuang mengejar 'kertas kuning' tu...


'Cikgu, saya mo mohon restu..'

Luah seorang pelajar lelaki di koridor pagi tadi.

Oh, yalah.Selamat berjaya SPM ya.

kata saya sambil tersenyum memberi semangat dan doa.


Tahun ini tahun pertama saya menyambut SPM sbgi guru. kalau tahun2 sebelum ini, sy hanya sms adik yg menduduki spm. tapi kali ini perlu juga follow up anak-anak bitara yang sedang berjuang.


'Cikgu, doakan saya sejarah ya. saya ndak pernah lulus sejarah cikgu'

kata seorang pelajar asrama.


InsyaAllah, Cikgu sentiasa doakan kamu. Yakin boleh.

kulihat dia mengangguk perlahan-lahan.


Begitulah pentas hidup, saling menyokong dan membantu antara satu sama lain.


Kepada semua calon SPM & STPM- Khairil, Azwan, Freddie, Abu, Herna, Nani, Noni, Mida, Hawa, Badariah, Rohana, Bania dan Hairi. Selamat berjaya di ucapkan. Maan Najah fi Kulli Imtihan.

Warna-warni Nisa' Team Building



senyuman k.siah & k.jiyah



senyuman kepenatan selepas riadah


berbondong-bondonglah kamu masuk ke agama Allah

Sesi pembentangan & promosi daerah Tawau.. amplang satu!

Pemandangan dari koridor apartmen

Isnin, 2009 November 16

conteng2

Lama x posting.. i almost 4got that i have a blog....

hmm, nk mula dr mana ya??

oya, pagi tadi miting guru.. hmpir 4 jam termasuk makan2...
pastu kutip yuran budak inc yuran MSSS RM4.oo.
student spm br sibuk amik slip itupun lepas potong rambut dorg yg panjang tu..
yang x pernah nampak d kelas muncul jugak sbb mo amik slip..

balik asrama student stpm pulak nk check in duk asrama.
bg borang, brief ckit2 dorg pun masuk Dorm 1

jam 2 pejabat sek hntar yuran
sembang2 dgn kakak2 kerani
pastu skg ni la
d bilik guru
tinggal 2 org sbb yg lain suma pakat balik

sbnrnya tgh isi headcount
tp pening sbb blum lunch.. laporpo..

buka blog sdri
terpandang komen
terdiam
salah aku ka
hmmm



.
.
.
.
.
sekian

Khamis, 2009 Oktober 15

Pertandingan menghasilkan kad raya aspuri seri bitara








Bulan September lalu saya sempat menganjurkan pertandingan menghasilkan kad raya inter dorm Aspuri Seri Bitara. alhamdulillah penyertaan sgt menggalakkan dan semua dorm menunjukkan kreativiti masing-masing.. pemenangnya mendapat hamper iaitu Dorm 7 Aisyah..

Rabu, 2009 Oktober 14

9 nov 2008

9 Nov 2008

Tiba jua akhirnya
Setelah setahun 17 hari
Aku kembali ke kampung halaman

Disini tempat aku berlari
Disini tempat aku menangis
Disini tempat aku tertawa
Disini tempat aku membina cita

Cerita empat tahun setengah di bumi
Lakaran yang begitu indah
Aku mengenal erti dewasa
Aku mengenal erti pengorbanan
Jatuh,bangun, suka duka
Sudah tersimpul dalam sebuah pengakhiran

Ya Allah
Berkatilah ilmu yang aku tuntut
Ampunkanlah segala dosaku
Ampunkanlah segala benda yang tidak baik
Halalkanlah, redhakanlah
Hanya aku insan yang lemah

~kafalifmim
9nov2008
1540 lcct,sepang